Sunday, 5 February 2012

Cinta? Di mana tahap iman kita???


Cinta?? Bila sebut tentang cinta, apa yang terbayang di fikiran kita??? Pernah terdengar seorang ustaz dekat kampung bercakap tentang hal ini, jadi saya sekadar menyampaikan je... ^_^

Ustaz tu kata, bila sebut tentang CINTA, dan apa yang terbayang lepas mendengar perkataan tu, sudah dapat menentukan tahap keimanan kita... Apakah kita terbayang wajah kekasih pujaan? Atau terbayang wajah suami/isteri masing-masing? Atau terbayang wajah ibubapa? Atau hati menyebut nama Rasulullah? Ataupun, hati menyebut Allah? Di manakah kita???

Tidak salah kita bercinta sesama manusia kerana itu adalah fitrah.. Apatah lagi mencintai seseorang yang halal buat kita (suami/isteri). Apatah lagi untuk mencintai ibubapa kita.. Tetapi harus diingat, jangan pernah mencintai semua itu melebihi cinta terhadap Allah dan RasulNya..

Saya sendiri manusia yang khilaf dan punya dosa, namun saya ingin membawa orang-orang yang saya sayang untuk lebih mencintai Allah dan RasulNya melebihi mana-mana manusia yang ada. Ustaz yang memberikan ceramah juga ada berpesan tentang beberapa perkara :

1) Jika suami atau isteri kita mengatakan, "Ucuk, anja sayang ucuk sorang je kat dunia ni... ^_^".. Nah, siapa yang tak suka bila ada yang menyayangi dan mencintai, tapi haruslah ditegur kerana yang lebih layak disayangi dan dicintai adalah pemilik kita yang kekal iaitu Allah SWT..

2) Berusahalah supaya kita terus menerus mencintai Allah dan RasulNya, Nabi Muhammad SAW.. Bagaimana caranya..? Pasti ramai yang tahu caranya. Berselawatlah ke atas nabi. Berzikirlah kepada Allah disetiap masa dan waktu yang lapang mahupun sedang bekerja, biarpun hanya dengan selafaz "LA ILAHA ILLALLAH" sahaja..

3) Cintailah sesiapa sahaja yang mencintai Allah dan RasulNya. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh, adalah salah satu jalan yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang ingin dekat denganNya.. Orang tua-tua selalu kata, "Berkawan dengan orang jual minyak wangi, kita pun akan kena tempias wanginya. Berkawan dengan orang yang bermain dengan najis, kita pun akan kena tempias bau najisnya." Jadi, pilihlah kawan sebaik-baiknya.

Akhir kata, mohon maaf jika salah bahasa semasa menulis.. Saya insan yang kerdil lagi penuh kekhilafan.. Segala yang baik semuanya dari Allah, yang kurang adalah kelemahan diri saya sendiri..

(^_^)
p/s : lama tak menulis, tangan terketar-ketar cari huruf kat keyboard nih... hehe...

1 comment:

 

Pemudi Muslimah Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal