Apa yang saya ingin sentuh, bukanlah soal perkahwinan, tapi tentang soal pertunangan.. Ramai ibu bapa di zaman sekarang, menganggap apabila anaknya sudah bertunang, maka anaknya dan tunangnya bolehlah keluar berdua kerana sudah ada ikatan.. Ada yang sedang baca ini, mengatakan "Eh, eh.. Betullah...".. Ada pula yang mengatakan, "Eh, tidak.. Kami masih lagi keluar bertemankan orang lain.."
Janganlah cepat melatah... (^_^) Alhamdulillah kepada yang masih keluar bersama-sama dengan ahli keluarga.. biasalah, nak pergi beli hantaran, nak tempah baju kahwin, nak tempah katering... semuanya nak buat bersama, lebih-lebih lagi, waktu nak beli cincin kahwin.. alangkah manisnya jika anak dara dan teruna yang bertunang itu ditemani oleh ahli keluarga masing-masing.. tak nak ramai pun, takpelah, asalkan ada... Ingatlah, dia dan tunangnya masih lagi bukan mahram dan tidak boleh keluar berduaan..
Disini saya beri beberapa situasi di mana ibu bapa sering sahaja lepas tangan selepas anak sudah bertunang..
SITUASI 1

Mak : "Minah, nak pergi mana, siap-siap ni?"
Minah : "Nak pergi beli barang hantaran dengan Abg Mat."
Mak : "Yelah, hati-hati la pergi.. Mat tak sampai lagi ke?"
Minah : "Tu dah sampai.. Minah pergi dulu ea, mak"
(Mat pun masuk la kejap sebab nak beradab dengan bakal mak mentua dan kemudian salam bakal mak metuanya.. lalu, berlalu pergi dengan Minah)
Di sini, kita dapat lihat, mak Minah, tak melarang anaknya keluar dengan lelaki yang bukan mahram baginya, sedangkan sebelum tunang, dilarang habis-habisan... kemudian, mak pula bersalam dengan Mat yang belum lagi menjadi menantunya.. Haram bagi seorang wanita dan lelaki bukan muhrim bersentuhan...

SITUASI 2
Ayah : "Mat, kamu dah tempah ke baju kahwin?"
Mat : "Belum lagi, ayah. Mat ingat nak pergi dengan Minah la kejap lagi..."
Ayah : "Bagusla. Pilihlah yang trend zaman sekarang sikit. Jangan nak jimat sangat. Mahal pun takpe.. Kawin ni sekali je dalam hidup"
Mat : "Hehe... Ingat nak tambah lagi kot, ayah.."
Sebagai seorang ayah, seharusnya dia mengingatkan bahawa hubungan tunang itu masih lagi belum boleh untuk bawa anak dara orang keluar ke sana, ke mari...
Kebiasaan untuk kedua ibu bapa menjadi lepas tangan adalah sebab untuk melihat anak-anak berdikari, tetapi jangan lupa sebagai ibu bapa, selagi mana anak kita masih lagi belum berkahwin, anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa..

dan kita sebagai anak, juga harus memainkan peranan yang paling penting... Jika ibu bapa kita suruh kita keluar berdua saja dengan tunang kita, maka katakanlah kamu dan dia masih lagi tidak mempunyai hubungan yang halal dan harus ditemani...
Ingat dan selamat beramal buat sahabat-sahabatku...

(^_^)

No comments:
Post a Comment